TALI TUHAN DAN TALI MANUSIA

KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.

Friday, June 1, 2007

IKAT ORANG YANG DIKASIHI

APA sahaja bentuk ikatan ia mempunyai makna kasih sayang yang cukup mendalam. Ikatan tidak terhenti pada ikatan persahabatan, pertunangan, perkahwinan tetapi pada setiap masa kita terus mengikat agar ikatan itu menjadi lebih kukuh. Ikatan tali kasut, tali leher, rantai tangan dan leher semuanya boleh dimanfaatkan untuk menyerlahkan kasih sayang. Ramai pasangan yang gagal memanfaatkan ikatan-ikatan ini. Kebanyakan pasangan sudah berpuas hati apabila mereka dapat membelikan tali leher, kasut, jam, gelang, rantai dan gelang tangan untuk isteri atau suaminya. Sebenarnya itu bermakna kita memberi keutamaan kepada kebendaan bukan kasih sayang sedangkan isteri atau suami mengingini lebih daripada itu. Beli, beri dan pakaikannya merupakan satu pakej kasih sayang yang lengkap. Jangan biarkan pasangan anda mengikatnya sendiri tanpa sebarang pengiktirafan daripada anda bahawa dia itu penting. Jika selama ini suami kita sendiri yang mengikat tali kasut dengan satu cara ikatan yang serupa. Mengapa sebagai seorang isteri kita tak meluangkan seminggu sekali sekurang-kurangnya untuk mengikat tali kasut suami kita dengan gaya ikatan yang lain pula. Alangkah baiknya kalau ketika suami kita melangkah dari pintu untuk bekerja kita mengikat tali kasutnya.

Ian's Shoelace Knots
Ada 31 Cara Mengikat Tali Kasut

No comments: