TALI TUHAN DAN TALI MANUSIA

KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.

Monday, December 25, 2006

Gaya Tun Dr Mahathir Berucap

Tun Dr Mahathir mempunyai gaya yang bersahaja apabila berucap. Beliau seolah-olah membaca sebuah buku apabila berucap. Beliau tidak menggerakkan tangan dan kepalanya sewaktu bercakap. Bagi sesetengah orang gaya seperti ini kelihatan kaku. Tetapi itulah gaya beliau - satu dan tiada bandingannya. Ini menggambarkan betapa sebenarnya beliau seorang yang peka terhadap apa yang beliau percaya baik. Beliau seolah-olah mendengar sendiri apa yang sedang dikatakannya. Sepatah demi sepatah. Beliau hampir tidak pernah mengangkat suaranya sewaktu bercakap. Beliau tidak pernah memberi penekanan terhadap sesuatu yang dikatakan penting seperti mengulang perkataan tertentu sebanyak dua kali atau mengeraskan suara di tempat-tempat tertentu. Ini membuktikan yang beliau ingin rakyat percaya bahawa semua yang diucapkannya adalah penting. Tiada bahagian yang lebih penting daripada bahagian lain jika itu ucapan Dr Mahathir. Dr Mahathir mahu orang menerima ucapannya sebagai penting dan harus diteliti untuk sepanjang masa. Apabila Dr Mahathir menyatakan bahawa Melayu mudah lupa sebenarnnya Dr Mahathir sedar akan kesan kepada dirinya. Kebanyakan orang Melayu sensitif jika bangsa mereka dikaitkan dengan sesuatu yang negatif dalam ucapan yang terbuka seperti itu. Sebab itulah Dr Mahathir mengungkapkan melayu mudah lupa itu dalam bentuk sajak bukan dalam ucapannya secara langsung. Dr Mahathir sedar bahawa orang Melayu boleh menerima kritikan sepedas manapun jika dikemukakan melalui sesuatu yang bersifat seni seperti pantun, syair dan sajak. Ini sekaligus beliau menjadi contoh kepada gaya bijaksana jika ingin menegur seseorang. Beliau selalu menekankan soal cara dan kini beliau sendiri menunjukkan caranya. Apabila beliau menyatakan yang Melayu mudah lupa sebenarnya beliau merujuk kepada perwakilan yang dalam dewan itu dan sebahagian yang berjaya sebagai ahli di luar. Merekalah yang selalunya mudah lupa untuk mengembalikan kejayaan mereka itu kepada negara dan rakyat untuk dimanfaatkan. Walaupun mereka telah menerima habuan daripada dasar ekonomi baru namun ada sebahagian mereka semacam melupakan negarea dan bangsanya. Mereka seolah-olah merasakan bahawa kekayaan yang mereka miliki ini adalah hasil usaha mereka semata-mata. Mereka sudah lupakan kerajaan yang selama ini banyak membantu mereka. Saya tidak fakir Dr Mahathir menujukan ucapannya itu kepada golongan nelayan, penoreh getah dan petani. Mereka ini sangat setia kepada negara ini kerana di sinilah mereka mencari rezeki dengan tulang empat kerat. Mereka tidak akan lupakan tempat di manna mereka beroleh keuntungan daripadanya, mereka diajar bagaimnana membalas budi dan mengenangjasa pemimpin pada masa uang lalu. Mereka tidak akan lupa kerana pendapatan mereka yang sedikit itulah yang mereka akan gunakan untuk semua perkara. Mereka sentiasa cukup berbanding dengan kita. Mereka tidak mempunyai wang yang berlebihan untuk melancong ke luar Negara. Jika ada wang lebih mereka akan menyimpannya untuk pergi ke Mekah selain untuk menampung ke[perluan persekolahan anak mereka. Tidak lebih daripada itu. Budget mereka tidak termasuk hiburan, bayaran internet, kelab dan hiburan. Gaji kecil yang mereka miliki atas sebidang tanah sawah atau kebun kelapa dan getah milik mereka akan menjadikan mereka adalah orang paling setia dengan negara. Di sinilah mereka berkampung dan di sinilah juga mereka berumah tangga. Saya tidak fikir yang mereka akan menjadi bangsa yang pelupa.

No comments: