IKAT TALI UNTUK PIKAT HATI
SAYA ingin melihat sedikit masa lagi seluruh dunia menjadi aman di mana masyarakatnya saling bekerjasama antara satu sama lain. Agama, bahasa dan warna kulit bukan lagi menjadi penghalang untuk mencapai keamanan, sebaliknya faktor-faktor ini akan digunakan seluas mungkin untuk mempelajari tentang orang lain, saling menghargai perbezaan dan mengambilnya untuk memperkaya khazanah dunia. Marilah kita mengikat nurani seluruh warga bumi dengan memulakan ikatan pada sebahagian daripada badannya sebagai permulaan ke arah menambat seluruh hantinya. Ikatan pada tangan sama ada namanya gelang, rakhi, tali benang mahupun jam tangan bukan sekadar hiasan tapi simbolik kasih sayang antara sesama manusia. Keikhlasan orang yang membelinya dan bagaimana ia memakaikan, menyarungkan atau mengikatnya ke atas orang yang dikasihinya melambangkan ikatan yang berterusan. Selain bracelet dan wristlet, di sini kami cuba mengangkat ikatan benang persahabatan gabungan dua atau tiga warna yang pernah menjadi aktiviti kreatif zaman kanak-kanak dikembangluaskan sebagai tali persahabatan dan keamanan sejagat. Kalau kita pernah mengenakan jam, gelang dan rakhi, tentu tidak payah untuk mengenakan benang persabahatan ini. Marilah kita mengikat ahli keluarga, jiran tetangga, masyarakat setempat, ahli organisasi, sekolah, negeri, negara, benua serta dunia dengan satu ikatan sebagai simbol kasih sayang, kerjasama dan perpaduan sejagat. Ikatan bukan sahaja berlaku di antara ahli keluarga, jiran tetangga, dan kawan-kawan tetapi berkembang sehingga ke peringkat pemimpin tertinggi dunia. Saya ingin melihat, suatu hari nanti dalam upacara-upacara rasmi, pemimpin dunia akan mengikat tangan sahabatnya dari negara lain sebagai lambang kerjasama. Ikatlah seluruh hati warga dunia dengan mengikat pergelangan tangannya sebelum mereka lebih jauh membawa arah masing-masing.Kita ingin pastikan seluruh manusia di dunia menghargai keamanan, perpaduan dan keselamatan sejagat. Biarlah cogan kata Tie The WrisT To Tie The Heart yang asalnya menjadi slogan kami di TieWrisT®.Com menjadi pegangan untuk semua dan dunia. Tentulah ini mengambil masa, tetapi kami di TieWrist®.Com bertekad untuk memulakannya.
No comments:
Post a Comment