KETRAMPILAN DAN JATI DIRI WANITA MALAYSIA
TIDAK dinafikan bahawa pengaruh wanita dalam kehidupan lelaki begitu ketara dalam masyarakat Melayu, meskipun budaya, tradisi Melayu dan susur galurnya disandarkan kepada bapa dan saudara lelaki di sebelah bapa. Saya sendiri lebih didominasi oleh pengaruh ibu saya daripada keturunan banjar, berbanding ayah saya daripada keturunan Jawa. Daripada 12 adik beradik hanya 3 lelaki sedangkan yang lain adalah wanita. Di rumah, saya dikelilingi 4 orang wanita (isteri yang cantik dan 3 anak perempuan yang comel). Sekolah di mana saya sendiri berkhidmat, diterajui oleh wanita dan dibantu 3 penolong kanan yang semuanya wanita. Malahan di pejabat saya dikelilingi oleh wanita kerana semua pembantu di pejabat adalah wanita. Ternyata sekali begitu pentingnya wanita dalam kehidupan dan kerjaya saya.
Tetapi percakapan dan tindakan saya tidak sedikitpun dipengaruhi oleh faktor gender. Dalam membuat keputusan, saya hanya memilih yang mampu melaksanakan kerja di samping dapat bekerjasama dengan saya.
Definisi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Ketrampilan bermaksud kecekapan, kemampuan (yang tinggi). Maksudnya ia bukan sekadar kemampuan cukup makan, tetapi lebih daripada itu.
Jati diri bermaksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama (dsb) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya, identiti.
Penampilan yang kadang-kadang disamaertikan dengan ketrampilan sebenarnya berbeza kerana penampilan membawa maksud perihal (tindakan, usaha) menampilkan, mengemukakan seseorang atau sesuatu. Ini meliputi bagaimana seseorang itu menonjolkan imej, cara dan gayanya apabila berhadapan dengan sesuatu situasi. Maknanya penampilan diri adalah sebahagian daripada ketrampilan yang perlu ada pada seseorang wanita itu.
Mengapa Wanita Perlu Trampil
Kerana wanita sekarang memainkan pelbagai peranan. Di rumah dia adalah suri rumah, ibu kepada anak-anaknya, isteri kepada ayah kepada anak-anaknya dan mungkin juga sebagai anak. Di luar, dia berjawatan, mungkin memimpin sebuah jabatan atau syarikat. Dahulu di sekelilingnya hanyalah suami dan anak-anaknya, saudara mara dan jiran tetangganya, tetapi sekarang dia dikelilingi oleh puluhan atau ratusan malahan ribuan orang di bawahnya. Dia bukan lagi menjadi wanita milik rumahnya, tetapi dia kini menjadi milik masyarakat dan negaranya. Begitulah hebatnya wanita hari ini berbanding dahulu. Justeru dia mesti memiliki beberapa ketrampilan untuk memudahkan dia berurusan dengan orang lain (termasuk klien dan stakeholdernya). Dia juga turut mengalir dalam arus perdana dunia dalam apa yang dikatakan sebagai dunia tanpa sempadan. Ia tidak asing lagi dengan internet, email, website, komunikasi tanpa wayar, dan lain-lain.
Mengapa Wanita Perlu Jati Diri?
Ketrampilan dalam pelbagai bidang perlu dikuasai oleh wanita hari ini agar dia tidak ketinggalan dan mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi jika tidak diawasi wanita dengan kejadian dan fitrahnya bisa saja terperangkap dalam situasi yang melalaikan, dan penuh penipuan. Maka itulah sebabnya ia perlu ada Jati Diri sebagai wanita yang berkeperibadian unggul, mempunyai pegangan kepada nilai, agama, bahasa, adat, tradisi dan budaya yang mantap yang selama ini membendung diri wanita itu daripada kejahatan.
Faktor-Faktor Pendorong
Ketelitian dan ketekunan yang ada pada seseorang wanita
Akalnya yang satu menjadikan ia tidak banyak “akai” untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.
9 nafsu merupakan simbol yang ia “sangat bernafsu” dan mempunyai kemahuan “membara” untuk lebih berjaya dan menguasai.
Naluri kasih sayang dan empatinya yang tinggi mendorong dia
menyayangi hanya kerjayanya dan orang-orang yang disayanginya.
Senario Wanita Di Malaysia
Ketrampilan wanita di Malaysia dalam pelbagai bidang semakin diakui dan dihargai. Undang-undang di negara ini tidak pernah membezakan antara lelaki dan perempuan dan polisi kerajaan yang terbuka mendorong semakin ramai wanita berkerjaya dan berjaya. Kalau dahulu kita hanya ada Mak Andeh yang lurus bendul seperti suaminya juga, Pak Pandir, kini kita ada ramai wanita yang berjaya di sebalik kejayaan lelaki dan pemimpin negara.
Menjadi Wanita Yang Sepatutnya
Menjadi wanita yang sepatutnya, bukan menjadi wanita sekadar kerangkanya “wanita” atau apa yang diistilahkan oleh Dr Ali Shariati dalam bukunya Man and Islam sebagai “being” atau yang tercipta: lahir, merangkak, berjalan, berlari, membesar, kahwin, beranak, tua dan akhirnya meninggal dunia. Bukan sekadar itu. Tetapi wanita yang dikehendaki ialah wanita yang “menjadi” atau “becoming”. Wanita yang ingin anda jadi, bukan wanita yang sedia terjadi per se.Pertama sekali kaum wanita patut bersyukur kerana dijadikan dirinya wanita. Mereka dengan rela dan sedar bahawa mereka itu wanita. Bagi wanita di negara ini mereka adalah wanita Malaysia, yang berada dalam lingkungan budaya ketimuran: lemah lembut, bersopan, setia, pemalu, sanggup berkorban , rajin, teliti, tekun dan memainkan banyak fungsi: adik dan kakak, isteri, ibu, nenek, makcik, profesional,guru, kerani, jururawat, AJK persatuan, ahli NGO, pertubuhan politik dan lain-lain.Dunia telah mencatatkan beberapa nama besar yang terdiri daripada wanita yang berjaya mencorak sejarah peradaban dunia. Frau Heunakeh, seorang sarjana Perancis, menghabiskan sebahagian besar usianya di gua dan tinggal bersama semut, belajar dan bercakap dengan mereka, akhirnya kembali ke universiti di negaranya lalu mendakwa, aku memahami bahasa semut.Mariam, bonda kepada Isa yang membimbing anaknya tanpa bantuan seorang lelaki bernama suami akhirnya berjaya meranapkan kekuasaan Firaun.Fatimah az-Zahra puteri kesayangan rasulullah s.a.w. sentiasa sahaja menjadi teman dan pelindung rasulullah s.a.w. ke mana sahaja baginda pergi. Tubuh Fatimah selalu sahaja cedera dan terkena najis setelah menjadi benteng serangan kaum Quraisy Mekah yang ditujukan kepada ayahandanya. Malahan Fatimah yang berhati waja mendepangi tangan dan bahagian hadapan badannya di pintu rumahnya untuk mengekang kemaraan musuh bagi melindungi suaminya, Ali kw daripada kaum pemberontak yang memaksa beliau tunduk kepada kemahuan mereka sehingga bayi yang dikandungnya berusia 6 bulan, akhirnya meninggal dunia.Hajar daripada bangsa Habsyah, seorang wanita yang lemah, pengasuh kepada Siti Sara, akhirnya menjadi isteri kepada Nabi Ibrahim a.s. Tetapi yang lebih penting wanita yang lemah ini yang pernah ditinggalkan bersama anak kecil yang masih kemerah-merahan di padang pasir yang kering kontang; yang dahulunya dipandang sepi kini perbuatannya menjadi ikutan kepada seluruh jemaah haji dari seluruh dunia. Perlakuannya telah menjadi ikutan dan diangkat sebagai rukun yang kalau tidak diikuti tidak sah hajinya. Ini sekadar beberapa contoh wanita, sedangkan masih ramai wanita yang boleh menjadi ikon dalam bidang masing-masing termasuk di negara ini (Tetapi penulis tidak berhajat untuk menyenaraikannya kerana bukan ini yang dipentingkan dalam ceramah ini).
Wanita Patut Dihargai Dan Diambil Berat Akan Keselamatannya
Dunia semakin mengubah persepsinya terhadap wanita. Baik agama Islam atau Kristian atau mana-mana agama di dunia, kedudukan wanita sangat dihargai dan semua pihak begitu mengambil berat akan keselamatannya. Apabila wanita menaiki kereta, suami sewajarnya membukakan pintu untuk isteri masuk dan turun kereta. Apabila menaiki tangga bergerak, wanita sepatutnya di hadapan lelaki, dan apabila menuruni tangga bergerak, lelaki pula di hadapan wanita. Apabila berjalan di tepi jalan raya, wanita wajar berada di sebelah kiri suaminya. Apa semua ini jika tidak menjaga amanah yang diberikan kepada lelaki untuk menjaga hak kaum wanita. Dalam acara buffet, wanita mengambil makanan lebih dahulu daripada lelaki. Lelaki berdiri dan menyorongkan kerusi untuk perempuan duduk. Inilah satu bentuk pengiktirafan kepada wanita, tetapi berapa orang yang mengambil berat semua ini?
Beberapa Persoalan Buat Wanita Malaysia
Perlukah wanita Malaysia “bersalin kulit” untuk diterima dan diiktiraf? Perlukah wanita Malaysia menukar wajah untuk dipandang lebih cantik? Perlukah wanita Malaysia menanggalkan “pakaian” yang sudah sekian lama mereka pakai lalu menyarungkan pakaian orang lain agar dilihat lebih hebat dan diterima oleh orang lain?Inilah beberapa persoalan yang wajar diajukan kepada wanita Malaysia. Padang orang lain selalu dilihat lebih hijau daripada padang sendiri. Yang kita miliki tak pernah disyukuri, tetapi yang kita kejar ialah keindahan dan kecantikan yang bersifat sementara.
Elakkan Dua Situasi Yang Ekstrem
Situasi 1:
Wanita Malaysia harus mengelakkan dua suasana yang ekstrim. Sekumpulan berasa kecewa kepada dunia mutakhir ini. Wanita jenis ini merasakan bahawa dunia sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka memandang dengan wajah yang penuh ketakutan, curiga dan kerap menyalahkan banyak pihak. Mereka memandang dunia dengan penuh pesimis dan negatif bahawa dunia tidak boleh dipercayai lagi. Lalu mereka menutupi seluruh diri mereka daripada semua perkara duniawi, berselindung di sebalik kain penutup yang mereka bina sendiri, menyisihkan diri daripada ramai, mengelakkan komunikasi aktif, "menyisih ke hutan dan gua" yang mereka cipta dalam diri mereka sendiri, lalu beristighfar kepada Tuhan sambil menyalahkan diri sendiri. Tindakan mereka ini tidak membawa sebarang implikasi positif kepada dunia. Kebejatan akhlak dan kerosakan terus dibiarkan berlaku. Mereka hanya meleteri keadaan dan selainnya mengeluh.
Situasi 2
Sekumpulan wanita lagi, menanggalkan kesemuanya kerana berasa malu dengan apa yang mereka miliki selama ini yang bagi mereka semua ini telah mengongkong mereka dan menjadikan mereka lemah, lalu menanggalkan semua itu, dan menggantikannya dengan sesuatu yang baru. Segala-galanya baru - wajah, penampilan, pakaian, cita rasa, keperluan dan perangai. Wanita jenis ini melihat yang di luar itu baik-baik belaka, mudah teruja dengan sesuatu yang baru, apatah lagi kalau yang baru itu datang dari negara yang bertamadun tinggi kononnya. Mereka umpama peribahasa “padang orang lain sentiasa lebih hijau daripada padang kita”. Mereka ingin membezakan diri mereka daripada yang lain tetapi menyandarkan diri mereka kepada wanita Barat. Lalu mereka pun kelihatan asing daripada diri mereka yang pernah kita kenali. Wanita ini menggantungkan dirinya kepada beberapa jenama besar, produk mahal, dan trendy. Mereka menjarakkan lagi antara tradisi baik yang perlu dipertahankan dengan dunia moden di suatu segi.
Elakkan Daripada Bergantung
Barat ingin menciptakan manusia Timur termasuk wanitanya dari jenis yang bergantung kepada sesuatu yang mereka sangka baik. Dalam hal ini mereka diajar untuk bergantung kepada Barat dan semua yang datang darinya. Mereka ingin menyogokkan kepada wanita Timur sesuatu yang hebat itu adalah mereka Barat- dan jika kamu ingin kelihatan hebat kamu wajar bergantung kepada kami-Barat.Mereka ingin menjadikan kita di Timur, termasuk wanitanya seperti Popeye, siri animasi yang paling terkenal suatu ketika dahulu. Popeye itu tidak kuat, dan dalam keadaan asal tiada apa-apa yang patut dibanggakan daripada kelasi kapal itu. Dalam keadaan asalnya, Popeye lemah dan sentiasa dikalahkan. Untuk menjadi kuat, Popeye terpaksa menelan “spinach” sejenis sayur bayam, simbol ketergantungan yang keterlaluan kepada Barat. Wahai wanita Timur (termasuk Malaysia} kamu sebenarnya lemah dan jika kamu inginkan kekuatan, gunakanlah yang kami telah sediakan untuk kamu sebab kami sahaja yang ada “kekuatan” itu. Inilah yang diingini oleh Barat terhadap manusia Timur termasuk wanitanya yang patut dielakkan sama sekali.Wanita Malaysia ingin diciptakan seperti seorang anak kecil yang bergantung kepada susu ibunya. Apabila dimarahi ibunya, anak itu akan merajuk lalu menjauhi ibunya beberapa ketika. Tetapi setelah ia dahaga, ia akan kembali kepada ibunya semula. Ia sanggup melupakan kemarahan ibunya tadi. Inilah yang Barat ingini kepada wanita-wanita di Negara Dunia Ketiga, tidak terkecuali Malaysia. Semua ini dapat disimpulkan dalam satu frasa: sentiasa bergantung.
Barat Ingin Mewujudkan Rasa Bersalah di Kalangan Wanita Dunia Ketiga
Barat akan sentiasa memainkan peranan mereka untuk menanam bibit-bibit kebimbangan dan keresahan di kalangan wanita Asia . Biarkan wanita Asia sentiasa rasa bersalah agar dengan cara itu kita mengekspolitasi mereka untuk keuntungan kita. Mereka akan sentiasa memikirkan produk kesihatan dan penampilan wajah yang baru untuk mendorong kita memperakui jenama dan produk mereka.
Ketrampilan Wanita
Ada dalam setiap tempat, masa dan dilentur menurut kesesuaian peranan wanita itu sendiri. Tidak ada seorang pun wanita di dunia yang lahir sahaja terus mempunyai ketrampilan tertentu, sebaliknya ketrampilan itu mesti dipelajari. Sepatutnya lebih lama sesorang wanita itu memainkan peranan masing-masing, maka semakin trampillah dia dalam aspek-aspek kemahiran tertentu. Maksudnya wanita itu semakin cekap.
A. Di rumah
1) Sebagai isteri
2) Sebagai ibu
3) Sebagai anak
Kemahiran Khusus:
1) Kemahiran Keibubapaan
2) Kemahiran Komunikasi
3) Pengurusan Rumah Tangga
4) Pengurusan Diri (Penampilan)
5) Penguasaan Fardhu Ain / Ibadat
6) Adab dan Akhlak
B. Di Tempat Kerja
1) Sebagai penjawat (guru, kerani, setiausaha dll)
2) Sebagai rakan sekerja
3) Sebagai subordinate/majikan
Kemahiran Khusus:
1) Kemahiran Dalam Bidang Pengkhususan (Kewangan, Fail, Staff dsbnya)
2) Kemahiran Komunikasi
3) Kepemimpinan dan Pengurusan
4) Penampilan Diri –Keperibadian yang menarik
5) Protokol Dan Etiket
6) Adab dan Akhlak
C. Dalam Masyarakat
1) Sebagai pemimpin masyarakat
2) Sebagai ahli parti/NGO
3) Sebagai ahli masyarakat/kejiranan/qariah
Kemahiran Khusus
1) Kemahiran Komunikasi
2) Agama
3) Adab dan Akhlak
4) Kemahiran “Mencongak “ (Menjangka)
5) Pengurusan dan Kepimpinan
Ketrampilan Umum
1) Ketrampilan Berkomunikasi
Digunakan secara meluas dalam semua keadaan seperti memberi arahan dan nasihat, berbual, pertemuan bisnis, parti dan seminar.Komunikasi efektif terdiri atas dasar 3 unsur, iaitu:Verbal 7% - pesanan itu sendiri, Vokal 38% - suara dan intonasi anda dan Visual 55% - wajah, tubuh
2) Kecekapan Dalam Penampilan Diri
Bagaimana keadaan diri kita sewaktu berhadapan dengan pelbagai situasi yang berbeza. Di hadapan suami dan anak-anak, ketika di tempat kerja dan berhadapan dengan klien, subordinate dan orang atasan. Ketika menghadiri majlis-majlis rasmi, jamuan dan keraian. Dsbnya. Aspek yang diambil kira wajah, pakaian, mannerisme dan perilaku.
3) Ketrampilan Dalam Mengurus dan Memimpin
Sama ada kecil atau besar, ada perkara yang kita urus dan pimpin. Di rumah anak-anak kita, di pejabat kakitangan kita, fail kita. Semua orang mengurus diri sendiri walaupun tidak mengurus mana-mana orang. Paling dominan yang diurus ialah wang dan masa.
4) Ketrampilan Beribadat dan Fardu Ain
Situasi semasa, wanita mesti mempunyai kefahaman yang mencukupi tentang kepercayaan dan agamanya.Pada masa yang sama ia sentiasa berusaha untuk mendalami pengetahuannya dalam bidang agama.
Situasi Semasa
Wanita mesti mempunyai pengetahuan asas tentang ibadah atau fardhu ‘ain seperti solat, doa, hukum halal dan haram, membaca ayat Quran, masalah haidh dan nifas, aurat dan batasan pergaulan, dsbnya. Pada masa yang sama ia sentiasa berusaha untuk mendalami semua amalan farddu ain itu dan mengamalkannya sebaik mungkin
12 Tips Bagi Ketrampilan Diri Wanita Dari Persepsi Islam
1. Serlahkan cahaya keimanan di wajah
2. Pamerkan akhlak yang terpuji
3. Dapatkan ilmu pengetahuan untuk jadi wanita yang bijaksana
4. Berikan senyuman manis dan ikhlas buat suami dan anak-anak
5. Berhias dan berdandan hanya untuk suami
6. Meluangkan masa untuk merawat diri
7. Penuhi hati dengan sifat-sifat terpuji
8. Sentiasa mencintai majlis-majlis berilmu
9. Sentiasa bersedia meminta maaf dan memaafkan
10. Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan hidup
11. Sentiasa menderma ke jalan kebajikan
12. Bersifat penyayang kepada keluarga dan masyarakat
Jati Diri
1. Agama
2. Adat dan Tradisi
3. Bahasa
4. Budaya (cara hidup)
5. Gender (feminin atau maskulin)
6. Peribadi
Jati Diri Wanita Muslimah Solehah
Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri (menjaga akhlak) ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara mereka. (QS 4, 34)
Apa yang dicari seorang mukmin setelah bertaqwa kepada Allah tidak lebih baik daripada seorang wanita yang solehah (baik), apabila diperintah ia mentaatinya(taat), apabila dipandang sangat menyenangkan (keperibadian yang menarik), apabila disumpah ia melaksanakannya dengan jujur (ikhlas dan ada integriti) dan apabila ditinggal suami ia menjaga dirinya dan harta suaminya (Beramanah) (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Abu Umamah).
Harapan
Demikian besar jati diri seorang wanita solehah sehingga insan sehebat Imam Ali k.w berasa tenang dan damai di sisi Fatimah az-Zahra. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. “Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwa".

No comments:
Post a Comment