TALI TUHAN DAN TALI MANUSIA

KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.

Monday, May 28, 2007

TIADA YANG KAYA DENGAN PTR DAN PTC

ptrland.com
numenmail.com

APA yang saya ingin ceritakan di sini ialah pengalaman saya sendiri.Iklan-iklan di atas adalah dua contoh banner yang selalu ditonjolkan dalam program PTR atau Paid To Read (dibayar kerana membaca email) dan PTC atau Paid To Click (dibayar kerana klik atas banner). Sebenarnya terdapat ribuan banner seperti ini yang diminta klik untuk mendapatkan sejumlah bayaran yang kadang-kadang tidak masuk akal setelah ditolak kos pengiklanan. Yang menariknya sebelum bayaran dikreditkan ke dalam akaun ahli, mereka dikehendaki menunggu antara 15 hingga 200 saat. Klausa "Thank you for supporting our sponsors! You will receive 1000 cents(s), once you have visited this sponsor's site for at least 50 seconds" begitu memukau. Apatah lagi melihat wang dalam nilai USD semakin bertambah dalam akaun maya. Ya hanya maya. Akaun maya menunjukkan ahli sudah mencapai tahap jutawan, bukan dalam RM tetapi dalam Dolar US. Tetapi setelah begitu lama mencapai sejumlah pungutan minimum atau minimum payout dan ada yang sudah berkali-kali mencapainya, bayaran sebenar atau real cash masih belum diterima. Akaun e-gold yang dibuka dengan penuh perasaan berkobar-kobar tetap tak berisi walau sesen. Antara yang mengendalikan program seperti ini ialah www.ptr-trading.com, www.digital-ptr.com, dan www.richptr.com. Setelah apa yang yang saya alami sendiri, saya syorkan jangan melayan program-program sampah seperti ini. Jika program ini menjadikan orang kaya, sudah lama jutawan internet mengesyorkannya. Sebaliknya mereka tidak pernah menyenaraikan program seperti ini untuk kita.

No comments: