TALI TUHAN DAN TALI MANUSIA

KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.

Monday, May 28, 2007

Tie It To Tie Their Heart


Learn How to Tie a Tie

IkaT Tali ITu UnTuk TambaT HaTi ITU

I HAVE always dreamt of a world of peace without any war where the communities of the world live in harmony and help another. Religion, language and skin complexion would no longer be a stumbling block in achieving peace. On the contrary, these factors could be used to appreciate the differences and use it to enrich our world. Come and let us white our souls by starting the wristlet. If we had been using wrist watches or bangles, surely it would be unnecessary to use a wristlet. However we could foster a stronger and more meaningful relationship with our family members, neighbors, the local community members, members of an organization, school, state, country and even the world by tying a common wristlet as a symbol of love, togetherness, cooperation and global unity. This tying of the wristlet does not exist among the commoners but also could eventually include the world leaders. I dream of a world one day where leaders of the world in formal functions such as meetings at the United Nations or NAM sharing a common wristlet as a sign of togetherness and cooperation. Let us tie the soul of every human being before we disintegrate even further. We want every human being to appreciate peace, unity and security. Let the slogan “Tie It To Tie Their Heart” be a guidance to us all in this world. Surely this will take time but we at TieWrist.Com are determine to begin it. Its they say “A Journey To A Thousand Mile Begins With The First Step”.

Ian's Shoelace SiteIkaT Tali Itu UnTuk TambaT HaTi ITu

3 comments:

Anonymous said...

APA jua bentuk ikatan sama ada dalam bentuk real atau simbolik seperti yang dilambangkan melalui rakhi, gelang, jam tangan, tali kasut dan tali leher hanya akan bermakna apabila ada orang lain yang mengikatnya. Orang lain itu mestilah orang yang paling hampir atau paling disayangi sdeperti isteri untuk suami, suami untuk isteri, ibu bapa untuk anak-anak mereka, kaka dan abang untuk adik-adik mereka, datu dan nenek untuk cucu-cucu mereka.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

SAYA bersetuju dengan anda. Ikatan dalam apa jua bentuk dan upacara jika dilakukan dengan penuh bermakna berupaya menterjemah
perasaan kasih sayang yang mendalam.Sebagai contoh,apabila anda menyarungkan gelang ke pergelangan tangan pasangan anda sebenarnya anda menyarungkan bersama emosi kasih sayang.Anda secara simbolik menyatakan bahawa anda benar-benar menyintai si dia. Gelang bukan sekadar perhiasan tetapi pemberian yang penuh bermakna. Sebab itu gelang atau apa jua jenis ikatan pergelangan tangan dan ikatan-ikatan lain seperti tali leher dan jam tangan adalah hadiah yang paling wajar mendapat tempat utama daripada jenis pemberian yang lain. Jika anda tidak mampu membelikannya kerana terlalu mahal anda boleh gunakan cara yang paling murah, ringkas tetapi penuh makna. Itulah tiewrist atau sejenis ikatan persahabatan dan kasih sayang.