Tun Dr Mahathir: Guru Sejarah Berkesan
DALAM kesibukan membangunkan negara, sejarah sentiasa dijadikan teladan atau sempadan oleh para pemimpin negara ini. Pemimpin yang paling menonjol menggunakan fajta sejarah sebagai dalil untuk memperkukuhkan ucapan beliau ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Dr. Mahathir adalah seorang doktor perubatan, tetapi beliau berkeupayaan mengupas sejarah bangsa dan negaranya dengan baik.
Apabila doktor ini mengupas sejarah, beliau dapat membedah sejarah dengan begitu baik. Jarang-jarang benar dalam ucapan beliau, beliau tidak memasukkan elemen sejarah. Sejarah yang sebelumnya dianggap mati, di tangan beliau menjadi hidup.
Malahan formula demi formula kejayaan Malaysia di bawah pemerintahan beliau adalah hasil penelitian beliau terhadap sejarah . Sebagai doktor perubatan, beliau melihat setiap masalah yang melanda negara ini ada penyelesaiannya, dan sebagai seorang pengamat sejarah beliau menentukan bahawa sesuatu penyelesaian itu sesuai atau tidak sesuai dengan keperluan negara ini dan masa ini.
Dr. Mahathir memperkenalkan pendekatan belajar dari sejarah sebagai lawan kepada belajar sejarah. Malahan ketika dia membentangkan fakta sejarah lewat ucapannya, dia adalah seorang guru sejarah yang baik dan menyegarkan. Dalam mengupas fakta sejarah beliau tidak terlalu ghairah menyalahkan orang lain atau penjajah. Tidak akan ada gunanya jika kita melihat kesalahan orang lain atau menutup mata daripada menilai kelemahan dan kemampuan diri kita sendiri.
Bagi Dr. Mahathir, bangsa kita, kitalah yang jaga bukan orang lain. Tidak ada perubahan apa-apa yang berlaku jika kita asyik menyalahkan orang lain tanpa membetulkan kesilapan diri sendiri. Sebab itu melalui pendekatan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr, Mahathir Mohamad, apabila kita belajar sejarah, tujuan sebenar kita kita mengambil iktibar daripada kelemahan kita dan kekuatan orang lain yang boleh dimanfaatkan. Dengan cara itu sahaja sejarah itu berguna untuk kita.
Tetapi beliau mengajar kita melihat kepada kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri sendiri, bangsa dan negara sendiri, bukan untuk menyalahkan tetapi membetulkan. Hampir setiap kali beliau menyampaikan ucapan, jarang-jarang beliau tidak memetik fakta sejarah, terutamanya apabila beliau bercakap kepada bangsanya sendiri, seperti yang dilakukannya pada setiap kali perhimpunan agung UMNO.
Ia menggambarkan kepada kita bagaimana pegangan manusia genius ini memandang jauh ke hadapan melalui cermin pandang depan, tetapi sekali-sekala menoleh ke belakang melalui cermin pandang belakang. Ia menggambarkan bagaimana sayangnya pemandu ini kepada kenderaannya dan kepada penumpang-penumpang yang berada di dalam kereta yang sedang dipandu. Ia melakukannya untuk keselamatan. Dalam konteks sebuah negara , tentunya ia menggambarkan betapa sayangnya pemimpin itu kepada bangsa dan negaranya sendiri.
Bagi beliau sejarah adalah guru terbaik. Tetapi orang selalu melupakannya. Tidak hairanlah sejarah masih dijadikan mata pelajaran teras meskipun pada zamannya penekanan diberikan kepada mata pelajaran Sains dan Matematik.
YAB Perdana Menteri seolah-olah mengajar kita bahawa sejarah wajar diajar dengan cara yang menyeronokkan bukan terlampau bergantung kepada fakta, tahun, individu, tempat dan peristiwa. Tetapi apa sebab peristiwa itu berlaku dan kesannya itulah yang wajar diberi penekanan sewaktu mengajar sejarah.
Pengajaran yang menekankan sejarah sebagai suatu pelajaran bukan pengajaran akan mengundang kebencian dan kejemuan terhadap mata pelajaran itu. Sebab itu sejarah tidak diminati oleh mereka yang melihat keuntungan mempelajarinya sebagaimana Matematik dan Sains.. Tetapi Dr. Mahathir tidak begitu. Dr. Mahathir tidak melihat sejarah sebagai suatu yang mati dan jumud. Tetapi sejarah sentiasa hidup dan merentasi setiap ruang dan perkara. Lebih maju sesebuah negara itu, lebih perlulah kita bertaut pada sejarah bukan bergantung kepadanya tetapi menyaring mana-mana yang terbaik dan membuang yang tidak sesuai.
Contoh-contoh berikut menggambarkan betapa segarnya sejarah di tangan beliau. Beliau mempunyai pandangan tersendiri mengenai fakta-fakta tertentu dalam Sejarah. Contohnya mengapa empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis. Buku-buku sejarah mencatatkan berbagai-bagai faktor mengapa empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Antaranya ialah faktor kurangnya perpaduan bangsa-bangsa yang ada di Melaka, dengki, fitnah, dan kelemahan kepimpinan Melaka pada waktu itu. Serta kekuatan senjata yang dimiliki oleh manusia kulit putih dari Barat itu. Tetapi Mahathir melihat sesuatu yang segar iaitu kegagalan bangsa Melaka menyesuaikan diiri dengan budaya yang lebih maju pada waktu itu. Umpamanya beliau melihat kejatuhan empayar Melaka kerana kegagalan bangsa di Melaka melihat perkembangan di luar.
Perkembangan Melaka dalam lingkungan negara serantau tentunya lebih hebat kerana ia lebih kuat walaupun dengan bersenjatakan tombak, keris dan gajah perang. Tetapi apabila Portugis menyerang Melaka dan menjatuhkan mereka dengan senjata yang lebih hebat, orang-orang Melaka seolah-olah terpinga-pinga dengan kehadiran benggali kulit putih itu. Jika selama ini Mereka merasakan bahawa mereka hebat dan kuat. Tetapi itu dalam lingkungan Nusantara Melayu, tetapi dalam konteks yang lebih luas atau dunia mereka hampir-hampir tidak tahu akan wujudnya bangsa yang lebih maju daripada mereka.
Inilah kesan buruk jika kita terlampau berbangga dengan kekuatan yang sedia ada tanpa cuba mengubah diri dengan budaya baru. Dalam konteks sekarang tidak akan ada bangsa yang akan berjaya dan maju jika ia tidak boleh melentur dengan perubahan dunia. Kita selalu diberikan contoh tentang nasib dynassours yang pupus kerana kegagalan mereka menyesuaikan diri dengan faktor persekitaran.
Begitu juga dengan kita, jika kita gagal menyesuaikan diri dengan perubahan dengan budaya yang lebih maju kita juga akan mengalami nasib yang sama seperti yang dialami oleh dinassour itu.
Dalam menghuraikan sebab-sebab kejatuhan Tanah Melayu ke tangan penjajah, beliau menjelaskan bahawa itu berpunca daripada kelemahan pentadbiran raja-raja Melayu pada waktu itu. Oleh kerana mereka tidak berupaya untuk mentadbir negara ini, mereka terpaksa mengundang orang asing untuk membantu mereka mentadbir negara sendiri. Orang asing ini pula umpama orang yang mengantuk disorongkan bantal yang sentiasa mengintai-ngintai peluang daripada kelemahan yang ada bangsa Melayu.
Orang asing yang lebih maju mengetahui betapa lemahnya pentadbiran negeri-negeri Melayu pada waktu itu. Telah berlaku perpeaahan di kalangan sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Orang-orang Melayu pula berpecah-pecah mengikut bangsa dan kesukuan. Kelemahan itu menyebabkan ada di kalangan orang Melayu sendiri yang tidak puas hati menjemput orang asing untuk membantu mereka dalam mentadbir negara. Inilah sejarah yang mengajar kita. Saya percaya jika mengharapkan kekuatan senjata sahaja orang asing tidak akan mampu menakluki negara ini tetapi kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri menjadi punca segala-galanya.
Kesilapan dalam pengajaran sejarah ialah paksaan untuk mengingat fakta-fakta sejarah itu. Oleh sebab itu kita pun mengingat nama-nama tertentu, tarikh-tarikh penting, nama tempat dan peristiwa-peristiwa. Tetapi ia hanya berlaku untuk sehari sahaja. Selepas hari itu orang sudah melupakannya. Jika setakat itu sahaja ternyata sejarah tidak banyak membantu.
Sebenarnya sejarah lebih daripada mengingati tentang tarikh, nama dan peristiwa. Sejarah lebih menekankan aspek pengajaran (teladan dan sempadan) daripada sesuatu peristiwa yang berlaku itu dan sejauhmanakah ia diambil sebagai iktibar dalam setiap tindakan kita. Sesuatu yang berlaku biasanya didahului dengan sebab. Sebab-sebab itulah yang hendak kita kaji. Begitu juga dengan kesan-kesan daripada sesuatu peristiwa yang berlaku.
Ada dua cara untuk seseorang itu mengambil iktibar daripada sejarahnya. Pertama melalui penglihatannya kepada benda-benda bersejarah seperti bangunan lama, mercu tanda dan tempat bersejarah, dan manuskrip Tetapi apa yang ditinggalkan dalam bentuk binaan seperti itu amat terhad. Selain itu, kita perlulah membaca bahan-bahan sejarah. Sebabnya tidak semua peristiwa yang berlaku dapat dikesan melalui benda-benda yang ditinggalkan. Maka kita harus membacanya. Tetapi masalahnya masyarakat kita kurang membaca. Apatah lagi bahan sejarah - tentang cerita lama-lama yang tidak ada nilai hiburan dan komersil itu. Oleh sebab mereka tidak membaca bahan-bahan sejarah, bagaimana mereka ingin mengambil pengajaran daripada sesuatu peristiwa sejarah.
Disebabkan sejarah adalah peristiwa yang berkaitan dunia masa lalu, orang selalu sahaja melupakannya. Sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang kita akan melupakan sesuatu yang berlaku dua minggu yang lalu, inikan pula kejadian yang berlaku puluhan atau ribuan tahun yang lalu. Sebab itu apabila Dr. Mahathir menyatakan Melayu mudah lupa, memang Dr. Mahathir ada buktinya..Oleh sebab sejarah bukanlah peraturan atau undang-undang, maka orang tidak merasakan perlu belajar sejarah. Sejarah walaupun bukan undang-undang atau perlembagaan, namun sejarah adalah sumber rujukan utama yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja untuk sepanjang hidup kita.
Semalas-malas kita mengingat sejarah, apalah salahnya jika sekiranya kita mengingat sejarah untuk 2 atau 3 kali dalam setahun. Pertama, sewaktu kita menyambut Tahun baru adalah wajar kita merenung kembali apa yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh diri sendiri dan negara. Begitu juga yang gagal dilaksanakan.
Kedua, sewaktu menyambut Hari Kemerdekaan. Pada waktu ini wajarlah kita menyingkap balik peristiwa yang berlaku sebelum kemerdekaan tanah air. Betapa sukarnya para pejuang dahulu membebaskan negara ini daripada belenggu penjajahan.
Peruntukanlah lebih kurang 15 minit untuk kita membezakan antara zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka dan keadaan kita hari ini. Bagi orang Islam kita boleh mengenang kembali sejarah Rasulullah s.a.w. semasa kita menyambut perayaan tahun hijrah dan peristiwa Maulidur Rasul.
Sejarah hampir-hampir tidak berguna kepada kita jika kita hanya melihat yang baik-baik sahaja yang pernah berlaku pada bangsa dan negara kita, sedangkan kita menutup mata daripada yang buruk-buruk yang pernah berlaku di tanah air kita.
Sebenarnya apa yang dikatakan buruk dalam sejarah tidak betul kerana yang buruk itu pun mendatangkan faedah kepada kita. Kita mungkin seronok dengan pencapaian negara seperti peristiwa kemerdekaan tanah air, pembentukan UMNO, penentangan terhadap Malayan Union, Dasar Ekonomi Baru, pembentukan Malaysia dan sebagainya. Tetapi keseronokan kita terahadap pencapaian negara, tidak boleh menutup mata begitu sahaja terhadap peristiwa tragis yang berlalu di negara ini seperti peristiwa Darurat, peristiwa Bintang Tiga memerintah, peristiwa 13 Mei, dan sebagainya.
Sebenarnya peristiwa yang baik dan buruk itu saling berkaitan. Ada peristiwa-peristiwa yang baik itu dicapai kemudian, setelah yang buruk itu diatasi atau ditinggalkan. Tetapi tidak kurangnya juga yang buruk itu datang kemudian akibat tersilap langkah terhadap tindakan-tindakan sebelumnya.
Kita biasanya akan lebih berminat terhadap peristiwa yang langsung berlaku ke atas diri kita. Lebih dekat peristwa itu dengan diri kita akan menjadikan kisah itu lebih menarik perhatian kita. Kita mungkin lebih berminat dengan cerita bagaimana ibu dan bapa kita bertemu, bercinta dan selepas itu berkahwin.
Begitu juga peristiwa sejarah yang bersangkutan dengan diri kita sendiri seperti pertunangan, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Kita tidak berminat dengan peristiwa sejarah yang tidak berkaitan secara langsung dengan diri kita atau keluarga kita. Kita tidak berminat dengan sejarah kejatuhan Melaka, kecualilah jika moyang kita atau opah kita turut mempertahankan Melaka pada waktu.
Tetapi jika itu sahaja yang menjadikan kita berminat terhadap sejarah, ternyatalah kita mementingkan diri sendiri. Sejarah tentang diri kita mungkin langsung tidak berguna untuk orang lain melainkan untuk diri kita sahaja. Tetapi sejarah yang berlaku di tanah air kita adalah berguna untuk semua.
Manusia biasanya lebih mengenang sejarahnya apabila berada dalam keadaan susah atau tersepit. Ia lebih insaf akan dirinya semasa susah daripada semasa ia senang dahulu. Sebab itulah gejala-gejala seperti kegawatan ekonomi dan krisis politik sekalipun tidak diingini ia tetap memberikan satu tekanan yang positif yang merangsang para pemimpin dan rakyat untuk bertindak lebih bijaksana dan memikirkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.
Masalah atau tekanan adalah peluang untuk orang mencari jalan keluar dan tidak terhimpit dengan satu cara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang menyedari hakikat ini. Sekalipun dalam keadaan senang, aman dan makmur, rakyat Malaysia tidak boleh dibiarkan berasa terlalu selamat, terlalu selsesa. Sesekali rakyat Malaysia harus diberi tekanan sedikit untuk merangsang dirinya agar lebih berdikari dan kreatif.
Bagi Mahathir tidak ada gunanya keadaan yang selesa dan selamat jika kita masih bergantung kepada orang lain dan bukan diusahakan sendiri. Dalam hal ini Mahathir selalu mengingatkan tentang penjajahan semula dalam bentuk yang lain seperti dalam bentuk ekonomi dan serangan terhadap mata wang jika kita terlalu bergantung kepada bantuan asing.
Malahan Dr. Mahathir selalu menekankan Bumiputera agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan, sehingga tidak boleh berbuat apa-apa jika berlaku sesuatu krisis. Sikap terlalu bergantung kepada kerajaan menjadikan orang Melayu leka dan manja. Kesannya mereka selalu berpuas hati dengan pencapaian cukup makan. Apabila melihat kejayaan bangsa lain, orang Melayu umpamanya selalu membina rasa selamat yang palsu dalam dirinya. Ia semacam rasa selamat yang pura-pura, tetapi dalam diam-diam dia sedar akan bahaya yang menanti dirinya. Apa perlu dibimbangkan katanya. Bukankah Bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan, agama Islam agama rasmi dan Perdana Menteri kita orang Melayu. Tak berapa bijak pun boleh masuk universiti dan mendapat bantuan. Sikap seperti ini menjadikan sebahagian orang Melayu leka dan manja. Ini amat membahayakan orang Melayu sendiri dalam jangka panjang jika tidak disedarkan oleh kerajaan.
Sebagai jawapan kepada keselesaan yang sebenarnya merugikan pelajar-pelajar Melayu, sistem meritokrasi diperkenalkan. Sistem meritokrasi adalah sedikit tekanan yang diberikan oleh kerajaan kepada pelajar-pelajar Melayu bukan untuk mendera mereka tetapi sebagai memberikan sedikit tekanan bahawa mereka perlu lebih keras berusaha dan lebih maju jika tidak ada sesiapa yang boleh menolong mereka suatu hari nanti. Suatu segi meritokrasi nampak zalim , tetapi ia satu pengajaran untuk pelajar Melayu agar lebih tekun belajar.

No comments:
Post a Comment