TALI TUHAN DAN TALI MANUSIA

KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.

Tuesday, June 5, 2007

LAPAN JENIS HADIAH UNTUK YANG TERSAYANG


PILIH yang terbaik sahaja sebagai hadiah kepada yang tersayang. Terbaik bukan bererti mahal, tetapi serasi pada mata dan hati. Sejajar dengan idea ikatan yang cuba diketengahkan, di sini saya mencadangkan agar hadiah-hadiah yang mempunyai konsep ikatan dijadikan pemberian istimewa buat yang tersayang. Hadiah-hadiah itu mestilah yang boleh diikatkan, disarungkan, dan dipakaikan kepada pasangan masing-masing. Lapan jenis hadiah yang saya maksudkan ialah tali leher, rantai tangan, jam tangan, rantai leher, anting-anting, bracelet, wristband dan kasut bertali. Sejak tahun 2003, saya telah melayari banyak laman web yang berkaitan dengan item-item tersebut. Antara laman web tersebut, saya amat tertarik dengan corak tali leher yang dimuatkan dalam sebuah laman web yang menjual barangan terpilih tetapi tidak disebutkan dengan nyata sama ada kita boleh menjadi affiliate mereka atau tidak. Syarikat yang maksudkan ialah JUVIO.Kalau melihat laman webnya biasa sahaja, tetapi rupa-rupanya ia menjual item yang cukup mempesona. Tali leher yang dijual lengkap dengan sepasang klip lengan baju dan dimuatkan dalam kotak yang semuanya dipadankan dalam warna sedondon. Sekali atau beberapa kali menatapnya ia tetap menawan. Ini sesuai dengan tema sophistication is now second nature..untuk koleksi pilihannya.

No comments: