ISLAM DENOUNCES TERRORISM VIDEO
CLICK HERE TO ORDER
ISLAM bermaksud selamat, sejahtera dan aman. Apabila seseorang Islam mengucapkan salam dengan berkata assalamu'alaikum ini bermaksud ia mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan keamanan kepada saudaranya. Sebab itu kita yang menerima salam diwajibkan mendokan kembali keselamatan dan kesejahteraan ke atas rakan kita itu. Assalamu 'alaikum ternyata sekali merupakan ucapan terbaik dan yang paling manis yang pernah muncul dari mulut manusia berbanding ucapan yang lain. Ternyata sekali apabila orang Islam lebih kerap bertemu maka semakin kerap ia mendoakan keselamatan ke atas saudara-saudaranya. Islam bukan sahaja memberi jaminan keamanan dan keselamatan kepada penganutnya, tetapi kepada penganut-penganut agama yang lain juga. Sejarah membuktikan betapa minoriti yang non-Islam berada di bawah pemerintahan orang beragama Islam atau dalam lingkungan majoriti muslim, hidupnya tidak pernah terancam. Jiran-jiran tetangga yang beragama Islam ternyata melayannya begitu baik . Tetapi minoriti yang beragama Islam berada di bawah pemerintahan bukan Islam atau majoriti non-Muslim, keadaan sebaliknya berlaku. Mereka tidak pernah berasa aman. Harun Yahya dalam videonya ini cuba memberitahu kita bahawa Islam sebenarnya mencintai perdamaian seperti juga agama-agama samawi yang lain. Jika ada elemen keganasan ia sama sekali tidak ada kaitannya dengan Islam atau mana-mana agama. Keganasan bertitik tolak daripada sikap dan fahaman individu atau sekumpulan individu tertentu yang menyelewengkan agama untuk kepentingan diri dan kumpulan. Tetapi kerana nila setitik habis susu sebelanga.
No comments:
Post a Comment